Akaun wardatul.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Dana Pembangunan Tahfiz Wardatul Iman

TAHFIZ WADRDATUL IMAN diasaskan pada tahun 2021 di Kampung Binjai Kertas, Kuala Berang Terengganu. Tujuan tahfiz ini diwujudkan adalah untuk melahirkan pelajar pelajar yang cekal dalam berhadapan dengan segala halangan. Oleh kerana COVID-19, pembinaan bangunan asas terpaksa d hentikan. Selepas tamat PKP, pihak tahfiz terus memulakan semula pembinaan bangunan.


Alhamdulillah, sekarang pembinaan sedang rancak berjalan. Pihak tahfiz menjangkakan pada Julai 2022, pelajar muslimat akan mula boleh berpindah ke bangunan baru.



Untuk makluman semua, pada masa sekarang, pihak madrasah sudah memulakan pengajian tahfiz dengan menyewa sebuah rumah di Kampung Paloh di Kuala Terengganu. Tujuan pihak tahfiz mewujudkan sebuah tahfiz banat(muslimat) di Hulu Kuala Berang ialah kerana belum ada lagi kewujudan pusat pengajian tahfiz di sana.


Pihak TAHFIZ WARDATUL IMAN amat memerlukan sumbangan anda.



Bagaimana Sumbangan Digunakan?




Sumbangan akan digunakan untuk pembangunan thafiz secara amnya. Perinciannya adalah seperti berikut

  • Pembinaan Bangunan Baru – Bangunan meliputi bangunan pelajar, asrama, kantin, rumah guru dan tandas serta tar jalan
  • Perabot & Peralatan – Kos pembelian alat bantu mengajar seperti kitab, rehal, meja, kerusi, air cond dan sebagainya.
  • Van Pelajar – Pembelian sebuah van baru untuk memudahkan pengangkutan para pelajar.
  • Utiliti – Kos utiliti seperti bil elektrik dan bil air setiap bulan.
  • Pengurusan – Servis penyelenggaraan dan pengurusan bagi melancarkan proses pendidikan dan kecemerlangan pelajar.

Berapa Dana Diperlukan?




Pihak TAHFIZ WARDATUL IMAN pada masa ini berada di FASA 1 untuk Pembinaan Bangunan Baharu yang meliputi bilik guru, asrama, pejabat dan sebagainya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran dan pendidikan. InsyaAllah.

Dana yang diperlukan ialah 650,000.00.

Pecahan terperinci ialah seperti berikut:

✅ Bangunan sekolah : RM 250,000.00

✅ Asrama : RM 250,000.00

✅ Dewan : RM RM 100,000.00

✅ Surau : RM 60,000.00

✅ Van pelajar : RM 150,000.00

✅ Kos pembelajaran bulanan : RM 7,000.00


Bagaimana Saya Boleh Menyumbang?


Sabda Rasullulah s.a.w: “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”

Sesungguhnya banyak manfaat bersedekah yang tidak mampu diungkapkan dengan kata – kata, walaupun pada zahirnya harta yang kita miliki berkurang, namun keberkatannya di sisi Allah tiada nilai bandingnya.


SALURKAN SEDEKAH SECARA MANUAL

Kami juga menerima sumbangan mengikut kemampuan tuan/puan melalui sumbangan secara manual:

MADRASAH TAHFIZ DAN ALIMAH WARDATUL IMAN

5630 6416 3782 (MAYBANK)


Sila letakkan reference  "INFAQ"   untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.

Maklumat Tambahan:  

1. Bagi sumbangan mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas menyumbang di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.

2. Sumbangan termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.

3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi Wakil Pengurusan TAHFIZ WARDATUL IMAN : +6014-6120119 (Ustazah Nabilah Zulkifli)

4. Sebahagian daripada kutipan sumbangan akan digunakan untuk kos pengurusan dan operasi.



Di penghujung bulan Ramadan yang mulia ini, kami merayu dengan rendah hati sumbangan anda yang dermawan untuk pembangunan maahad kami!